Saturday, December 31, 2011

Kelas Asas Chocolate Homemade - 31 Dec 2011

Kelas kali ini dihadiri oleh Tiga peserta yang berlainan daerah. Sharon Nursyafiqa Sofia dari Wakaf Mempelam Kuala Terengganu, Wan Safrazrahayu Wan Ibrahim dari Setiu dan Norafiza Uzir dari Dungun. Ketiga - tiga peserta amat meminati bidang  masakan ini tidak mahu melepaskan peluang untuk mempelajari satu lagi bidang baru masakan iaitu mempelajari teknik-teknik  asas coklat tangan.Walaupun agak lewat, ketiga-ketiga perserta terus saya sajikan dengan nota dan sedikit penjelasan mengenai coklat semi-finish dan juga pemilihan coklat yg bermutu, halal di pasaran. Alhamdullilah mereka bertiga dapat menghabiskan semua modul kelas antaranya ' Filling', Praline Compound, Oreo, Lolichoc, Oreo Edible dan Rose Lolichoc berserta deco.Kelas tamat hampir jam 4 pm dan Ziezie Chocolate ingin mengucapkan terima kasih dengan harapan mereka dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari hari ini.










0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...